Anggota TLDM maut kemalangan | Harian Metro

SEORANG anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 16 Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa Muhammad Zaid Mohd Zain, 29, yang bertugas di TLDM Sepanggar, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian itu, Proton Saga dipandu lelaki berusia 26 tahun dari University Apartment menuju ke pusat bandar raya.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pemandu Proton Saga keluar simpang untuk membuat pusingan U dan tiba-tiba motosikal mangsa dari arah hadapan terlanggar kereta berkenaan di bahagian kiri.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah di kepala dan segera dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas untuk rawatan lanjut.

“Pada 8.35 pagi, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chandra berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897.

“Pemandu Proton Saga direman untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

READ ALSO  Latihan keselamatan untuk tahfiz | Wilayah

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.