Anggota JPJ didenda terima rasuah | Kes

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara 14 hari terhadap seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menerima rasuah empat tahun lalu.

Md Zamri Atan, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Tertuduh didakwa menerima suapan RM1,000 daripada Ng Ken Hing sebagai upah untuk mempercepat dan mendapatkan laporan pemeriksaan kenderaan Perodua Myvi.

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Sembilan kira-kira jam 11 pagi, pada 15 Julai 2013.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Shareen Rosli.

READ ALSO  Anggota unit ronda polis didakwa bermesra dengan gadis

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.