Ancam bakar pemandu wanita Arab Saudi

BARU beberapa hari kerajaan Arab Saudi membenarkan wanita memandu di negara itu buat pertama kali, seorang lelaki ditahan hari ini, kerana mengancam untuk menyerang wanita yang memandu.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melalui Twitter, polis di Wilayah Timur menahan lelaki terbabit dan kesnya akan diserahkan kepada peguam negara.

“Saya bersumpah atas nama Tuhan, jika ada kereta dipandu wanita rosak, saya akan bakar dia bersama keretanya,” kata lelaki itu melalui rakaman video pendek yang disiarkan di internet minggu ini.

Selasa lalu, Raja Salman menghapuskan undang-undang tidak membenarkan wanita memandu buat pertama kali, mulai tahun depan.

Menurut laporan media Arab Saudi, lelaki yang ditahan itu berusia 20-an dan ditahan atas arahan gabenor.

Dalam perkembangan berkaitan, media negara itu melaporkan Kementerian Dalam Negeri diarah menyediakan undang-undang berkaitan gangguan terhadap pemandu wanita dalam masa 60 hari.

Arahan itu menyatakan gangguan terbabit boleh membahayakan dan bertentangan dengan nilai Islam.

READ ALSO  Pasangan OKU sara hidup dengan menjahit | Wilayah


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.