[ANALISIS] HPPNK 2017 diserbu ribuan pengunjung pada hari pertama

Rata-rata yang datang pada hari ini terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan yang dibawa dari seluruh negara sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara.

Pada sebelah pagi telah berlangsung upacara perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menambah keceriaan para hadirin di atas komitmen pemimpin nombor satu negara itu.

Melihat momentum kehadiran pada hari pertama ini mencecah ribuan orang, jumlahnya pasti meningkat mendadak pada hujung minggu ini. Setakat hari pertama pergerakan pengunjung dan kenderaan lancar. Tempat letak kenderaan yang banyak memudahkan orang ramai yang datang. Pengunjung diangkut dengan bas yang disediakan oleh penganjur.

Tarikan utama sudah tentulah antaranya 401 menu makanan yang dijual di Dewan D, MAEPS. Tidak hairan ramai yang datang ketika waktu makan tengah hari dan berpakaian pejabat untuk menikmati makanan yang lazat terhidang dari seluruh negara.

Bayangkan jika sebelum ini penggemar makanan perlu merayau dan merantau mencari makanan yang lazat ditularkan di media sosial, tetapi kini semuanya terkumpul di HPPNK 2017. Mereka hanya perlu datang dan membawa wang yang lebih sedikit untuk melayan selera sepuasnya. Dari laksa Sarawak, cendol, makanan barat, buah-buahan tempatan sampailah kepada pelbagai minuman dan jus segar.

Bertemakan `Our Food, Our Future’ atau `Makanan Kita, Masa Depan Kita’, HPPNK2017 adalah satu platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan kita di semua peringkat, daripada pengeluaran iaitu petani, penternak dan nelayan, kepada mereka yang memproses, memasak dan menghidangkan makanan. Ia juga menonjolkan segala teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan. Para pengunjung boleh menerokai dunia makanan, dari ladang dan lautan dibawa terus ke meja hidangan.

READ ALSO  Giroud ledak gol ke-100 untuk Arsenal | Bola

Kementerian telah meletakkan sasaran setengah juta pengunjung sepanjang empat hari berlangsung dan dijangka akan menghasilkan jualan sebanyak RM30 juta. Sektor swasta dan organisasi dalam industri turut tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat dalam program yang mendapat sambutan hangat ini.

HPPNK2017 ini akan melibatkan kawasan seluas 80,000 meter persegi di MAEPS Serdang, merangkumi 600 gerai pameran dan jualan.

Komponen Empayar Makanan membawakan gerai-gerai dan `food truck’ yang menjual pelbagai juadah dari seluruh negara, sama ada yang biasa, yang popular mahupun yang eksotik.

Selain itu jualan hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan, termasuk sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan, sudah tentunya raja buah iaitu durian Musang King dijual pada harga diskaun.

Dalam pada itu pameran dan jualan hasil laut dan akuakultur, teknologi serta inovasi perikanan turut diadakan. Antara produk premium bernilai tinggi adalah ikan tuna, udang, rumpai laut; juga inovasi produk terkini seperti lemang sushi, kuro prawn, churros lekor, sate tuna dan snow fish. Jangan lepaskan peluang juga untuk melihat demonstrasi masakan tradisi negeri berasaskan perikanan.

Komponen Livestock Malaysia menampilkan pameran haiwan hidup pelbagai baka serta petting zoo. Bagi yang terlibat dalam bidang ternakan pula boleh dapatkan maklumat mengenai teknologi, genetik, kesihatan haiwan, makanan haiwan, kawalan penyakit, MyGap dan sebagainya.

Makanan untuk kesihatan seperti madu kelulut, rumpai laut, sarang burung walit, minyak kelapa dara, durian belanda dan ‘fruit powder’ ke arah gaya hidup yang sihat boleh didapati di booth sekitar MEAPS.

Teknologi dan Inovasi terbaru dalam bidang pertanian akan ditonjolkan dalam komponen Mekanisasi Agromakanan. Ini termasuklah pameran, jualan dan demonstrasi jentera, perkakasan, drone dan sebagainya.

READ ALSO  Ada orang dalam mahu singkir saya - TMJ

Ruang Agrobazaar akan mempromosikan portal online shopping menerusi Agrobazaar.com serta menghimpunkan usahawan industri asas tani yang akan mempromosikan dan menjual produk-produk ready to export (RTE) keluaran

mereka. Juga akan memaparkan maklumat mengenai MyGap, MyOrganic dan MyAgrosis serta produk keluaran mereka.

Agropelancongan adalah salah satu bidang terpenting dalam sektor

agromakanan.

Komponen AgroTrip akan mempromosi dan mengetengahkan pusat-pusat agropelancongan dalam negara, serta memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti pertanian.

Kepada mereka yang sedang mencari kerja dan berminat untuk menyertai bidang agromakanan, Agro Job Fair akan menawarkan 2,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat dalam industri ini.

Menerusi Agroyouth Camp, 500 orang anak muda akan berkhemah di MAEPS dan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang HPPNK2017, dengan tujuan memupuk semangat dan cinta mereka terhadap bidang pertanian, serta memberi

pendedahan bahawa industri pertanian juga mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Komponen National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan Mobile CTC akan memaparkan pelbagai manfaat yang telah dapat disampaikan kepada rakyat menerusi projek-projek NBOS melibatkan kerjasama MOA dengan Kementeriankementerian

lain. Juga akan mengenengahkan perkhidmatan-perkhidmatan online kerajaan seperti diskaun saman JPJ, saringan kesihatan percuma, pemeriksaan percuma, cuci barang kemas oleh YAPEIM dan banyak lagi.

Selebriti seperti Fara Fauzana, Aiman Tino, Mat Dan dan Yabang dari Kumpulan Khalifah juga akan berada di sekitar MAEPS selama empat hari di mana pengunjung boleh mengambil kesempatan untuk ‘meet & greet’ bersama selebriti

tersebut.

Jadi jangan lepaskan peluang. Jika terlepas, melepaslah.

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.