Ambil kesempatan penternak enggan pindah

Bali: Ramai penduduk di lereng Gunung Agung enggan berpindah kerana bimbang meninggalkan ternakan mereka.

Susulan itu, ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan perkara itu apabila pergi ke perkampungan terbabit dan menawarkan membeli ternakan dengan harga jauh murah berbanding biasa.

Lembu sihat yang lazimnya bernilai sekitar 10 juta rupiah (RM3,200), kini dijual semurah 5 juta rupiah (RM1,600) berikutan pemiliknya mahu mengelak mengalami kerugian lebih teruk.

Susulan itu, ketua persatuan penduduk Klungkung, Nyoman Suardika berkata, pihaknya mewujudkan tempat perlindungan ternakan percuma untuk menyediakan lokasi selamat sementara berhampiran pemiliknya.

“Dengan ini mereka tidak perlu mengalami kerugian terutama akibat ditipu pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Inisiatif itu kini turut diadakan di beberapa lokasi lain, malah pihak berkuasa tempatan mempertimbang menjadikannya contoh untuk keadaan kecemasan pada masa akan datang.

Sehingga semalam, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, 48,540 daripada 62,000 penduduk dipindahkan dari zon bahaya, manakala mereka yang enggan akur memberikan pelbagai alasan termasuk gunung belum meletus, risaukan ternakan malah juga atas sebab kepercayaan serta adat.

Jurucakapnya Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya masih berusaha memujuk penduduk terbabit, memandangkan Gunung Agung kini memasuki fasa kritikal.

READ ALSO  Zaha ketuai kejutan Palace ke atas Chelsea


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.