Amaran awal | Harian Metro

Kuala Lumpur: Ferrari memberi amaran awal menjelang sesi kelayakan hari ini apabila dua pemandunya mendominasi sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua dengan catatan 1 minit 31.261 saat, manakala rakan sepasukan Kimi Raikkonen ketinggalan 0.604s di belakang rakan sepasukannya itu.

Vettel yang muncul juara terbanyak di SIC dengan rekod empat kali berkata, meskipun meraih catatan terpantas, dia tidak mahu terlalu meletakkan keyakinan tinggi pada sesi kelayakan hari ini.

“Sesi latihan pertama di sebelah pagi berdepan situasi tidak menentu dan tidak banyak pusingan dapat dilakukan.

“Tapi, pada sesi latihan kedua, ia lebih baik dan jentera bertambah baik sejak awal. Kemudian kami mencuba beberapa perkara baru, namun tidak dapat melakukan sepenuhnya kerana sesi latihan kedua terpaksa dihentikan kerana bendera merah.

“Nampaknya kami mempunyai pakej yang baik dan segala-galanya terpulang kepada kami untuk meraih keputusan terbaik pada sesi kelayakan esok dalam apa juga situasi cuaca,” katanya.

Dua pemandu Red Bull Racing juga mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Daniel Ricciardo mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 1:32.099s dan Max Verstappen keempat (1:32.109s)

Fernando Alonso dari McLaren Honda melakukan kejutan apabila mencatat masa kelima terpantas (1:32.564s) manakala pendahulu kejuaraan pemandu Lewis Hamilton dari Mercedes AMG PETRONAS keenam (1:32.677s).

Rakan sepasukan Hamilton, Vallteri Bottas pula ketujuh terpantas dengan catatan 1:32.720.

Sesi latihan bebas kedua terpaksa dihentikan lebih awal selepas tayar kereta Romain Grosjean dari pasukan Haas pecah kerana terlanggar penutup longkang pada hujung sesi latihan kedua.

READ ALSO  Suka duka Bayern | Harian Metro


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.