Aksi makan diri | Harian Metro

Kuala Lumpur: Kesilapan umpama ‘budak sekolah’ oleh barisan pertahanan tengah skuad juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akhirnya memakan diri apabila kelab paling berjaya di Liga Malaysia (Liga-M) itu tumbang mengejut kepada FELDA United 2-3 di Stadium Shah Alam, semalam.

Ketua jurulatih Johor DT, Ulisses Morais berkata, kesilapan mudah pertahanannya yang menghadiahkan dua gol kepada pasukan tuan rumah khususnya di babak pertama nyata membantutkan kemeriahan skuad Harimau Selatan yang menjulang saingan liga buat kali keempat berturut-turut minggu lalu.

“Kami bermula baik dan mencipta banyak peluang, tapi kesilapan individu menghukum kami. Kami beraksi baik untuk menyamakan kedudukan dua kali selepas ketinggalan.

“Kami menjangkakan untuk kembali bangkit mencari gol kemenangan selepas rehat, tapi ia menjadi semakin sukar apabila Junior Eldstal dibuang padang dan kesilapan kedua dilakukan di benteng pertahanan oleh pemain.

“Bagaimanapun, ia permainan yang baik dan kami terima kekalahan ini,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan di Shah Alam, malam tadi.

Jaringan pertama FELDA United berpunca daripada kesilapan pertahanannya, Junior Eldstal yang menolak lemah bola ke belakang yang berjaya dipintas penyerang tuan rumah, Thiago Augusto untuk gol pertama The Fighters.

Junior Eldstal bagaimanapun menebus kesilapannya menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-39, sebelum anak buah B Sathianathan meledak gol kedua hasil ledakan Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi pada penghujung babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, kem Johor DT dikejutkan dengan layangan kad kuning kedua ke atas Junior Eldstal pada minit ke-48 yang menyaksikan bekas juara Piala AFC itu beraksi dengan 10 pemain.

Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan pelawat apabila mereka bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-57, sebelum tuan rumah mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Thiago Augusto pada minit ke-64.

READ ALSO  Henti lempar tuduhan terhadap KFA

“Kami mempunyai 15 hari untuk melakukan persediaan menentang Perak (separuh akhir Piala Malaysia) dan tempoh itu mencukupi untuk pemain rehat sebelum perlawanan,” katanya.

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.