Air liur RM3,000 | Harian Metro

Melaka: Padah menawarkan kad pengenalan pemastautin tetap yang tidak wujud, wanita warga Filipina dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Iyam Datu Matli, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersama-sama seorang lagi tertuduh, mempedaya seorang lelaki warga Indonesia dengan menawarkan kad pengenalan pemastautin tetap yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM3,000.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh tertuduh di tempat letak kereta Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, jam 5.30 petang pada 3 September 2015.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraf Mohamed Tahir memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mempunyai lapan anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 20 bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Mac 2016.

READ ALSO  Penyudah tumpul belenggu TRW | Harian Metro


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.