Aguero retak tulang rusuk dalam kemalangan kereta

LONDON 29 Sept. – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Amsterdam, lapor media Argentina hari ini.

Menurut akhbar Argentina, Dirio Ole, Aguero berada di Belanda untuk menonton konsert penyanyi Colombia, Maluma dan menaiki teksi yang kemudian hilang kawalan lalu merempuh tiang.

Aguero, 29, dikatakan memakai tali pinggang keledar tetap impak kemalangan menyebabkan dia retak tulang rusuk dan mungkin terpaksa berehat sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu.

City belum mengeluarkan sebarang kenyataan, namun bekas pasukan penyerang Argentina itu iaitu Independiente memuat naik dalam Twitter: “Semoga diberi kekuatan dan cepat sembuh. Semua warga Independiente bersama anda dalam detik sukar ini”.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, City akan menentang Chelsea di Stamford Bridge, esok dan Aguero sepatutnya menjadi tonggak utama dalam perlawanan itu.

Dia bukan sahaja bakal terlepas perlawanan penting menentang Chelsea, malah tidak dapat menyarung jersi Argentina dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2018 minggu depan.

Perkembangan terbaharu ini pasti memberi tamparan hebat buat City yang sudahpun kehilangan tonggak pertahanan, Benjamin Mendy sehingga habis musim akibat kecederaan ligamen lutut. – AGENSI

READ ALSO  Penuntut Polisas mati lemas

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.