Aguero kemalangan di Belanda | Bola

LONDON: Manchester City mengesahkan penyerangnya, Sergio Aguero ‘mengalami kecederaan’ selepas kemalangan kereta di Belanda dan akan pulang ke England untuk menjalani pemeriksaan.

“Sergio Aguero akan menjalani pemeriksaan oleh doktor pasukan hari ini, selepas mengalami kecederaan jalan raya, semalam.

“Penyerang City itu berada di Belanda ketika sedang bercuti dan mengalami kecederaan,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan, hari ini. – AFP

READ ALSO  Pasukan Terengganu De’ Latimojong hulur sumbangan kepada penduduk Desa Karangan


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.