Advocaat gugurkan Sneijder, panggil semula Babel | Bola

THE HAGUE: Pengendali Belanda, Dick Advocaat menggugurkan Wesley Sneijder bagi aksi penting Kelayakan Piala Dunia 2018, bulan depan dan membuat kejutan dengan memanggil semula Ryan Babel.

Belanda akan bertemu Belarus pada 7 Oktober sebelum melayan kunjungan Sweden pada 10 Oktober yang dilihat akan menjadi penentu kepada nasib mereka untuk ke Russia, tahun depan.

Belanda kini mengharapkan untuk tidak gagal mara ke kejohanan antarabangsa buat kali kedua berturut-turut sejak 1986 apabila gagal beraksi pada Kejohanan Eropah (Euro 2016) – mereka kini menghuni tangga ketiga Kumpulan A di belakang Sweden dan pendahulu, Perancis.

Hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke Russia sementara naib juara perlu mengharungi aksi ‘play-off’.

Sneijder, 33, mencatat rekod 132 penampilan bersama skuad Oranje, namun gagal untuk memecah masuk kesebelasan utama Nice dan belum lagi beraksi sejak Ogos lalu.

Advocaat memanggil kembali Babel yang kini beraksi bersama Besiktas buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas bekas pemain sayap Liverpool memperagakan prestasi memberangsangkan di Turki.

Namun Advocaat kehilangan khidmat pertahanan Stoke City, Bruno Martins Indi serta pertahanan Lazion, Stefan de Vrij yang mengalami kecederaan. AFP

READ ALSO  ‘Invoice’ for F1 accident is fake, says Sepang operator

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.