Adik-beradik proses pil ekstasi, ubat tiruan diberkas

PULAU PINANG 25 Sept. – Polis negeri berjaya menumpaskan kegiatan adik-beradik yang dipercayai terlibat dalam sindiket memproses pil ekstasi dan ubat tiruan membabitkan jumlah rampasan lebih RM760,000.

Dua beradik berusia 44 dan 46 tahun itu diberkas dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi berasingan di negeri ini dan Kuala Lumpur pukul 5.30 petang 21 September lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek wanita ditahan di sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam manakalanya abangnya diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa dalam perjalanan ke Miri, Sarawak.

Katanya, serbuan itu berjaya membongkar makmal memproses dan membungkus pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM769,250 serta merampas ubat-ubatan tiruan yang telah diproses dan sedia dipasarkan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  SPRM mungkin panggil lebih ramai bantu siasatan kes PTPK

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.