7,700 lampu jalan di bawah LJK8 | Wilayah

pix by Nazirul Roselan sent dalam sistem

BERA: Sebanyak 7,700 unit lampu jalan akan dipasang di perkampungan negeri ini menerusi projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) sebagai usaha berterusan kerajaan menerangi kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak RM100 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyediakan 122,133 unit lampu jalan di seluruh negara menerusi LJK8.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 6,333 unit adalah lampu jenis Diod Pemancar Cahaya atau (LED) manakala selebihnya adalah jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV).

“Sasaran tumpuan atau lokasi pemasangan LJK jenis LED adalah di kawasan strategik umum dan simpang utama jalan.

“Inisiatif ini menjadikan kawasan kampung yang dahulunya gelap, kini bercahaya seakan-akan di kawasan bandar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Mock LED LJK8 di Sekolah Kebangsaan (SK) Guai dekat Kampung Guai, dekat sini, malam ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi KKLW sudah membelanjakan RM245 juta untuk pembiayaan 317,000 unit LJK di seluruh negara di antara Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) hingga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 255,000 unit LJK sudah dipasang di Semenanjung Malaysia manakala 31,811 unit di Sabah dan 27,259 unit di Sarawak,” katanya.

READ ALSO  Suspek remaja bermasalah | Kes


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.