7 suspek bakar tahfiz ke lokasi | Kes

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membawa tujuh suspek kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ke lokasi kejadian, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayag Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, semua suspek itu dibawa untuk meninjau semula lokasi kejadian dan kawasan sekitar.

“Kita bawa tujuh suspek. Kita tunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, semua suspek itu dibawa semula ke lokasi bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak Peguam Negara masih mengkaji kertas siasatan dan polis menunggu arahan seterusnya.

Beliau sebelum itu hadir di lokasi pada jam 4.25 petang dan dilihat memasuki kawasan pusat tahfiz berkenaan diiringi beberapa orang anggota polis.

Pada jam 2.40 petang tadi, suspek kes itu dibawa menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda ke lokasi.

Suspek yang memakai penutup muka dibawa oleh pegawai dan anggota polis itu kemudian dibawa ke arah Taman Tasik Datuk Keramat sebelum menuju ke bahagian belakang pusat tahfiz, dipercayai untuk menunjukkan kepada polis mengenai keadaan yang berlaku pada hari kejadian.

Ketiga-tiga kenderaan membawa suspek itu dilihat meninggalkan lokasi pada jam 4.45 petang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata kertas siasatan kes itu sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, pagi tadi, untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu makluman balas daripada Pejabat Peguam Negara, yang menentukan bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap ketujuh-tujuh suspek terbabit.

READ ALSO  Suspek tembakan di Las Vegas tiada kaitan kumpulan militan

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.