6 negara rebut Piala Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA) di Johor Bahru, hari ini.

Enam pasukan hoki bakal merentap bagi merebut Piala Sultan Johor sempena kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor pada 22 hingga 29 Oktober depan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Turut hadir Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor merangkap Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Md Jais Sarday dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin.

Enam negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini membabitkan Malaysia selaku tuan rumah, Great Britain, India, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Sebanyak RM1.89 juta juga diterima daripada pelbagai penaja.

Mendahului penyerahan penajaan sumbangan adalah kerajaan negeri sebanyak RM500,000, RTM selaku penyiar rasmi kejohanan (RM200,000) dan Astaka Padu Sdn Bhd RM200,000.

Terdahulu Sultan Johor meletak logo kejohanan sebagai simbolik pelancaran kejohanan berkenaan sebelum diikuti persembahan replika cek daripada penaja dan majlis santapan.

READ ALSO  Mantap kerjasama kewangan Islam | Harian Metro


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.