59 peratus rakyat Jerman mahu tiga parti bersatu

BERLIN 29 Sept. – Kira-kira 59 peratus rakyat Jerman mahukan Parti Demokrat Kristian (CDU) pimpinan Canselor Angela Merkel, parti Demokrat Bebas dan jurukempen alam sekitar, Green untuk bergabung membentuk kerajaan baharu selepas selesai pilihan raya umum Ahad lalu.

ANGELA Merkel. – AFP

Tinjauan yang dilakukan oleh stesen penyiar ZDF menunjukkan 22 peratus rakyat Jerman berpendapat pakatan tersebut adalah idea yang buruk manakala 15 peratus lagi tidak khuatir berkaitan usul berkenaan.

Selain itu, tinjauan terbabit juga menunjukkan pakatan CDU dan Parti Demokrat Sosial (SPD) yang pernah memerintah negara tersebut sejak empat tahun lalu, tidak menerima sokongan penuh.

SPD yang mengalami kekalahan teruk sejak era selepas perang pada pilihan raya minggu lalu berkata, mereka akan terus menjadi pembangkang di peringkat nasional – satu langkah disifatkan bagus oleh 63 peratus rakyat Jerman. – Agensi

READ ALSO  Anis Al Idrus bakal tampil single kedua

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.