53 filem berentap | Harian Metro

LIMA puluh tiga filem dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang bakal berlangsung pada 23 September ini.

Ia terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam (Mandarin), lima (Tamil) dan satu (Inggeris).

Antara filem yang bertanding adalah Redha, Temuan Takdir, Sindiket, Aliff Dalam 7 Dimensi dan banyak lagi.

Selain itu, FFM29 turut mempertaruhkan 24 kategori yang terdiri daripada 18 kategori bertanding, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan dengan lima finalis sebaliknya dipilih khas oleh juri.

Bertemakan Transformasi Citra Karya, FFM29 tampil berbeza apabila hanya akan mengumumkan lima finalis bagi setiap kategori pada malam anugerah.

Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob berkata, penyertaan filem untuk tahun ini lebih terbuka.

“Kali ini lebih terbuka dengan syarat tidak pernah menyertai mana-mana festival filem dan mendapat sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 31 Julai 2017.

“Justeru, ini membuka lebih banyak peluang kepada pihak penerbit bagi menyertai festival filem ini,” katanya.

Tambahnya, fokus utama FFM29 adalah kepada filem-filem cereka.

“Kali ini, fokus pengiktirafan adalah kepada filem cereka selain mengangkat filem animasi, pendek dan cereka di platform lain yang lebih bersesuaian,” katanya.

Malam anugerah FFM29 akan menyaksikan Zizan Razak menggalas tugas sebagai hos utama dan digandingkan dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Tanuja.

FFM29 juga akan menyajikan persembahan daripada artis popular antaranya KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atilia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret.

READ ALSO  Malaysia pengeluar cecair pencuci buah pinggang utama Asean | Nasional


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.