50,000 dipindahkan kerana bimbang Gunung Agung akan meletus

KARANGASEM, Indonesia 25 Sept. – Hampir 50,000 orang terpaksa meninggalkan kampung halaman masing-masing di sini berikutan wujud kebimbangan Gunung Agung akan meletus pada bila-bila masa.

Difahamkan, gunung berapi yang terletak kira-kira 75 kilometer (km) dari kawasan tumpuan pelancong, Kuta di Bali itu telah menunjukkan tanda-tanda akan meletus sejak Ogos lalu.

Jika menjadi kenyataan, letusan tersebut adalah yang pertama dalam tempoh lebih 50 tahun.

Dalam pada itu, jurucakap agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Sutopo Purmo Nugroho berkata, sehingga kini, seramai 48,540 orang telah dipindahkan dan jumlah tersebut mungkin meningkat sehingga melebihi 60,000 tidak lama lagi.

“Ketika ini, masih ramai yang enggan berpindah dengan alasan, gunung berapi itu masih belum meletus.

“Malah, ada juga yang enggan berbuat demikian kerana bimbang dengan nasib haiwan ternakan mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini. -AFP

READ ALSO  [VIDEO]Kitaran kehidupan Abby Abadi

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.