500 Rela ditugaskan jaga keselamatan di Esszone

LAHAD DATU 29 Sept. – Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meluluskan penglibatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 500 anggota Rela terlibat dalam projek perintis itu yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pengerusi jawatankuasa itu bagaimanapun berkata, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berperanan sebagai pasukan utama dalam mengawal sempadan negara.

“Ini adalah langkah kerajaan Pusat untuk memastikan keselamatan di Sabah terutama di kawasan pelancongan kerana sasaran kerajaan negeri adalah mencatatkan sebanyak satu juta pelancong dari China datang ke sini.

“Rela akan bertugas selama 24 jam di kawasan-kawasan tertentu, namun penguatkuasaan utama masih lagi di bawah agensi keselamatan yang telah dilantik selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Ibu pejabat Esscom di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri merangkap Pengerusi bersama jawatankuasa itu, Tan Sri Musa Aman; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin.

Ahmad Zahid berkata, kesemua 121,888 anggota Rela seluruh negeri akan terlibat dalam penugasan berkenaan secara berperingkat selepas mereka menjalani latihan sewajarnya terutama dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  MENARIK DALAM MINGGUAN MALAYSIA ESOK - 24 SEPTEMBER 2017

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.