50 mangsa gas beracun terima rawatan di Hospital Melaka








TERKINI

50 mangsa gas beracun terima rawatan di Hospital Melaka50 mangsa gas beracun terima rawatan di Hospital Melaka

29/09/2017 10:04am

Anggota bomba melakukan operasi pembersihan di Kampung Tambak Paya. Foto oleh MOHD AZIM ABD RAHMAN

MELAKA – Lima puluh mangsa gas beracun di Kampung Tambak Paya termasuk empat anggota bomba kini mendapat rawatan di Hospital Melaka dan Hospital Jasin setakat pukul 5 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali menerusi kenyataan hari ini berkata, seramai 32 mangsa termasuk anggota bomba kini mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala 18 lagi di Hospital Jasin.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut berpunca daripada sebiji tong dram berisi gas klorin bocor dan telah mencemarkan kawasan sekitar satu kilometer radius.

“Pasukan penyelamat turut menjumpai sebanyak tujuh biji tong dram di tanah kebun pada 6 petang,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka berkata sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya telah dibuka pada 5 petang semalam dan menempatkan 79 mangsa daripada 25 keluarga.

Katanya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengisytiharkan kawasan terjejas itu selamat pada pukul 3.40 pagi ini. – Bernama







READ ALSO  Kasih dicurah, kucing tunggu di kuburnya [METROTV]

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.