4 maut kemalangan treler, kereta | Kes

GUA MUSANG: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.

Difahamkan empat mangsa yang maut itu adalah pasangan suami isteri dan dua anak mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.34 pagi.

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampiran Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kira-kira 7.15 pagi tadi.

Beliau berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, usaha mengeluarkan mangsa itu mengambil masa lama kerana terpaksa memotong kereta yang remuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja menyelamat mangsa masih diteruskan dan identiti mangsa belum diketahui.

READ ALSO  Maut jatuh bangunan parkir | Kes

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.