4 anggota bomba sesak nafas 

EMPAT anggota bomba antara 27 mangsa yang dirawat di hospital akibat sesak nafas selepas terhidu cecair kimia klorin dalam kejadian di Kampung Tambak Paya, Melaka.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, sebanyak tujuh tong klorin yang setiap satunya mengandungi 7, 000 kilogram cecair ditemui dibuang berhampiran sebuah rumahkosong dan satu daripadanya mengalami kebocoron.

Pengarah Bomba negeri Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, susulan daripada berlakunya kebocoran pada tong gas berkenaan, seramai 250 penduduk yang tinggal dalam lingkungan tiga kilometer dari lokasi kejadian diarahkan berpindah serta merta.

“Akibat kejadian itu, sehingga jam 11.00 malam tadi seramai 27 mangsa termasuk empat anggota bomba dirawat di hospital, masing-masing 20 di Unit Kecemasan Hospital Melaka dan selebihnya di Unit Kecemasan Hospital Jasin.

“Difahamkan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan berada di zon kuning, hanya tiga mangsa sahaja dipantau di zon merah,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini penduduk belum dibenarkan pulang ke rumah dan kerja pembersihan dan nyah cemar sedang dijalankan.

 

READ ALSO  Lelaki, wanita ditahan terlibat dengan Daesh


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.