3,785 individu ditahan dalam Ops Perjudian Haram, lebih suku juta wang tunai dirampas








TERKINI

3,785 individu ditahan dalam Ops Perjudian Haram, lebih suku juta wang tunai dirampas3,785 individu ditahan dalam Ops Perjudian Haram, lebih suku juta wang tunai dirampas

29/09/2017 9:58am

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB


Polis beri amaran mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pusat hiburan keluarga menjalankan perjudian haram. – gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya menahan seramai 3,785 individu melibatkan rampasan wang tunai RM288,380 hasil Ops Perjudian Haram di negeri ini sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, kejayan itu adalah hasil 3,132 serbuan terhadap premis judi dalam talian bagi membanteras sindiket perjudian.

“Dalam tempoh sama, 2,313 daripada kes tersebut telah dituduh di mahkamah.

“Polis akan terus memantau pusat hiburan keluarga berlesen di bawah Enakmen Hiburan Selangor 1995 seterusnya mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sekiranya pemilik dikesan menjalankan kegiatan perjudian,” katanya dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Katanya, sehingga 26 September lalu sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga telah diluluskan di Selangor.

Ujarnya, tindakan itu juga seiring dengan arahan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagi memastikan pusat judi haram ini berjaya dilupuskan polis.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pusat hiburan keluarga ini yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian walaupun mereka mempunyai lesen yang sah.

“Sehubungan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan Cawangan Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di talian 03-5514 5168,” tegasnya. – K!ONLINE

READ ALSO  Wanita ugut penguatkuasa MPSJ akan disiasat | Kes







Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.