3,132 premis judi atas talian diserbu | Wilayah

SHAH ALAM: Sebanyak 3,132 serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap premis judi atas talian di antara Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata serbuan berkenaan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM288,380.

“Sejumlah 2,313 daripada kes berkenaan sudah didakwa di mahkamah.

“JSJ Selangor sentiasa melakukan operasi untuk menangani sindiket perjudian ini sejak dari awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim adalah seruan yang pastinya akan dilaksanakan dengan penuh semangat serta komitmen yang tinggi bagi memastikan pusat judi haram dapat terus dilupuskan.

“Seluruh peringkat dalam pentadbiran Polis Selangor juga sudah dikerahkan, di peringkat balai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan IPK sendiri,” katanya.

Fadzil berkata, pihaknya juga akan terus memantau Pusat Hiburan Keluarga berlesenyang wujud di sekitar Selangor.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga diluluskan hingga 26 September lalu.

“Kami akan mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika pemilik dikesan menjalankan kegiatan perjudian.

“Kami juga meminta orang ramai memberikan maklumat jika ada aktiviti perjudian di Pusat Hiburan Keluarga,” katanya.

READ ALSO  Sarjan polis maut kereta bertembung lori

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.