3 negara jayakan festizal zapin | Wilayah

JOHOR BAHRU: Seramai 400 peserta tempatan, Singapura dan Indonesia menyertai Festival Hujung Medini: Zapin Rumpun Melayu, yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Festival itu akan diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, berkata festival itu juga menjadi antara usaha merealisasikan aspirasi kerajaan negeri menjadikannya sebagai hab festival.

“Penganjurannya bertepatan dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled menjadikan Johor sebagai Hab Kota Budaya dan Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.

“Johor dikenali umum sangat kaya dengan khazanah seni budaya, sejarah dan tamadun silamnya.

“Warisan seni budaya yang tinggi nilainya ini wajar dikongsi bersama bukan sahaja di dalam negara, malah di seluruh pelusuk alam Melayu dan kepulauan rantau Melayu,” katanya pada sidang media, di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini, hari ini.

Zulkurnain berkata, festival seumpama itu yang julung kali diadakan akan dijadikan program tahunan dan kali ini memilih tajuk Zapin Rumpun Melayu.

Katanya, penganjuran program itu juga diharap dapat membina platform bagi penggiat seni antarabangsa berkongsi ilmu dan pengalaman, selain menyemai asprisasi serta rasa cinta terhadap seni budaya bangsa.

Beliau berkata, setakat ini, hasil kajian, Johor mengiktiraf 18 tarian zapin.

Sementara itu, penggiat zapin dari Singapura, Som Mohd Said, berkata walaupun republik itu diperkenalkan dengan seni tarian itu pada tahun 1950-an, mereka mempunyai lebih 10 tarian zapin.

Penggiat zapin dari Indonesia, Tom Ibnur, berkata negara itu mempunyai berpuluh-puluh tarian zapin dengan setiap kepulauan, daerah dan kampung mempunyai jenis tarian zapin sendiri.

READ ALSO  Umat Islam sambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.