23 penduduk sesak nafas terhidu gas klorin








TERKINI

23 penduduk sesak nafas terhidu gas klorin23 penduduk sesak nafas terhidu gas klorin

28/09/2017 10:15pm

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


Anggota bomba menjalankan operasi pembersihan di tempat kejadian.

MELAKA – Seramai 23 penduduk di Taman Tambak Paya di sini dikejarkan ke Hospital Melaka di sini hari ini selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu gas klorin.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, lebih 250 penduduk di kawasan tersebut turut diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.

Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandungi bahan kimia yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab berhampiran kawasan perumahan tersebut.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.51 petang dan sepasukan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya serta Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 6.01 petang, pihak kami mendapati ada bau yang masih belum dikenal pasti namun ia memedihkan mata dan tekak.

“Semua penduduk di kawasan berhampiran diarahkan mengosongkan rumah masing-masing. Kerja-kerja pembersihan dan menyahcemar bahan kimia sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati setakat pukul 9 malam ini, operasi pembersihan masih dijalankan. –







READ ALSO  Dua sahabat maut, kereta Proton Persona terbabas di LPT2


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.