2,000 hadir Karnival Deepavali Wangsa Maju

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Seramai 2,000 terdiri daripada masyarakat India menghadiri Karnival Deepavali anjuran Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia di Wangsa Maju hari ini.

Penaungnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, pelbagai aktiviti diadakan, termasuk persembahan kebudayaan kaum India, penyampaian sumbangan dan cabutan bertuah.

“Pertubuhan ini bertujuan membantu kaum India di Wangsa Maju khususnya. Mereka menjelajah seluruh kawasan parlimen ini untuk bertemu masyarakat India, mengetahui permasalahan dan akan cuba menyelesaikannya.

“Kita juga banyak selesaikan isu kebajikan mereka antaranya memberi khidmat bakti dan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Sebagai contoh kita memberi sumbangan khemah, kerusi dan meja di Perumahan Awam Danau Kota dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meluluskan kemudahan Laman Kenangan bagi urusan kematian bukan Islam di Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Jalan Taman Ibu Kota di sini.

Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, N. Alagan.

Shafei yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) memaklumkan, kira-kira 40 gerai kiosk, termasuk lesen akan disediakan kepada masyarakat India bagi peluang perniagaan di bawah program tanggungjawab sosial korporat UDA sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Jenazah Allahyarham Shyzlin tiba Selasa ini | Nasional

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.