200 sertai Konvoi Kembara Zakat 2017

SEREMBAN 25 Sept. – Seramai 200 peserta menyertai Konvoi Kembara Zakat Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung selama tiga hari di negeri ini.

Peserta konvoi bertemakan ‘Kembara Barakah di Bumi Perpatih’ itu terdiri daripada kakitangan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) serta petugas agensi zakat dan majlis agama Islam negeri-negeri.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad di Dataran Asnaf, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini malam ini. 

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jawhar, Ahmad Musadad Sulaiman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Selamat Paigo dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.

Sementara itu, Mohd. Yusof dalam ucapan perasmiannya berkata, konvoi selama tiga hari itu melawat golongan asnaf bermula di Port Dickson diikuti Rembau, Kuala Pilah dan seterusnya Seremban. 

Beliau berkata, program itu menunjukkan kerjasama erat antara pelbagai agensi kerajaan dalam pembangunan modal insan melibatkan golongan asnaf. 

“Kita juga menggalakkan sumbangan idea dan gerak kerja daripada orang ramai bagi mengembangkan syiar Islam melalui program ini,” katanya.

Konvoi yang merupakan acara tahunan itu sebelum ini pernah diadakan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor,  Sabah dan Kedah. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Dr. Mahathir yang hapus hak rakyat Sabah masa jadi PM

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.