20 keluarga di Padang Terap terjejas akibat banjir








TERKINI

20 keluarga di Padang Terap terjejas akibat banjir20 keluarga di Padang Terap terjejas akibat banjir

30/09/2017 3:09pm

Keadaan banjir di Kampung Jelutong dan Kuala Tekai, Padang Terap hari ini.

ALOR SETAR – Lebih 60 orang daripada 20 keluarga dari empat buah kampung di daerah Padang Terap dekat sini terjejas apabila kawasan rumah mereka dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan selama hampir 12 jam sejak petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim memberitahu, empat kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Jelutong, Kampung Kuala Tekai, Kampung Kubang Juluk dan Kampung Berdikari.

“Sebanyak lima buah rumah yang dinaiki air manakala selebihnya terjejas kerana terputus hubungan akibat jalan masuk ke kawasan kampung ditenggelami banjir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, hujan lebat yang turun selama hampir 12 jam sejak pukul 1 petang semalam mengakibatkan paras air Sungai Pedu dan Sungai Kuala Nerang meningkat menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan kampung berhampiran.

“Kita menerima laporan rumah penduduk dinaiki air pada pukul 6.30 pagi tadi dan hanya sebuah pusat pemindahan dibuka di Masjid Naka.

“Pusat pemindahan itu bagaimanapun telah ditutup selepas mangsa berpindah ke rumah saudaranya,” ujarnya. –







READ ALSO  7 penyokong Perak ditahan | Kes


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.