2 remaja didakwa bunuh 23 penghuni pusat tahfiz | Kes

KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan.

Dua pesalah berusia 16 tahun hanya mengangguk sambil menjawab “Saya faham” sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi dilakukan secara tertutup kerana kedua-dua tertuduh adalah remaja bawah umur.

Pihak media, orang awam serta keluarga mangsa diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

READ ALSO  Mayat pelajar tahfiz lemas ditemukan


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.