2 gol De Paula pastikan tiket KL ke Liga Super | Bola

SELAYANG: Selepas lima tahun menanti akhirnya Kuala Lumpur kembali bersaing dalam kancah Liga Super musim depan, selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam ini.

Kemenangan menerusi ledakan dua gol penyerang sensasi Guilherme De Paula dalam perlawanan ke-21 liga itu membolehkan skuad kendalian Fabio Maciel mengumpul 47 mata untuk kekal sebagai pendahulu.

Berbaki satu perlawanan dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Kuala Lumpur perlu menang untuk muncul juara apabila Terengganu yang turut layak ke Liga Super kini berkongsi 47 mata, namun dipisahkan menerusi jaringan gol.

Dalam saingan itu, tuan rumah dikejutkan dengan percubaan pelawat menerusi Heo Jaen Yeong pada minit ke-12, sebelum Kuala Lumpur mula memperkemaskan permainan.

PEMAIN Kuala Lumpur, Guilherme De Paula beraksi dalam perlawanan menentang Sabah dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam ini. – Foto Saifullizan Tamadi

Mesin pencetak gol Kuala Lumpur De Paula terus mengganas dengan menyumbat gol pembukaan pada minit ke-14 iaitu jaringan peribadi ke-26 musim ini buat pemain import dari Brazil itu.

Insiden kontroversi tercetus pada minit ke-22 apabila pemain dan staf kejurulatihan Sabah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan Tiong Eng Tai yang enggan memberikan sepakan penalti selepas mendakwa bola terkena tangan Hafiz Johar di dalam kotak penalti.

Kedudukan babak pertama kekal 1-0 buat skuad The City Boys selepas Sabah terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila rembatan Leopold Alfonso Otong diselamatkan penjaga gol Kamarul Effandi Abdul Rahim.

De Paula atau turut dikenali dengan gelaran Wak Doyok sekali lagi menggegar gawang menerusi tandukan pada minit ke-55 untuk memastikan kemenangan 2-0 Kuala Lumpur.

READ ALSO  Banjir : 25 penduduk di Ijok dipindah ke pusat penempatan sementara

PEMAIN Kuala Lumpur, Zhafri Yahya diasak pemain Sabah, Jenius Karib dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam ini. – Foto Saifullizan Tamadi

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.