14 rumah hangus, puluhan tinggal sehelai sepinggang | Kes

TUARAN: Sebanyak 14 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penimbawan, dekat sini, petang tadi, mengakibatkan puluhan penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu tidak membabitkan kecederaan.

Difahamkan, kedudukan rumah yang rapat serta kediaman diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat, seterusnya mengakibatkan semua rumah musnah sama sekali.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.

“Seramai 15 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba Tuaran dan Kota Belud digerakkan ke tempat kejadian bagi operasi pemadaman.

“Api dapat dikawal pada jam 3.55 petang dengan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

READ ALSO  Izzue Islam tak tamak

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.