1,239 graduan ILP terima Diploma, Sijil

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Seramai 1,239 graduan daripada pelbagai program pertanian Institut Latihan Pertanian (ILP) menerima diploma dan sijil masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-7 di Dewan D, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dekat sini hari ini.

Graduan terlibat terdiri daripada 179 graduan diploma Kemahiran Malaysia, 698 graduan Sijil Kemahiran Malaysia, 314 graduan Sijil Pertanian Malaysia dan 48 graduan Sijil Veterinar Malaysia.

Lima anugerah khas turut diberikan diberikan kepada pelajar cemerlang iaitu Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Anugerah Khas Pengarah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Anugerah Khas Ketua Pengarah Pertanian dan Anugerah Khas Ketua Pengarah Veterinar.

Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar terbaik berdasarkan kecemerlangan keseluruhan iaitu pencapaian akademik yang tinggi, penglibatan kokurikulum yang aktif dan sumbangan yang relevan kepada masyarakat.

Nurul Saadah Ayub, 22 yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif 3.56 menerima Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, minatnya yang mendalam terhadap bidang pertanian membuatkan dia fokus sepanjang mengikuti pengajian di Institut Pertanian Serdang.

“Saya kini sedang mengusahakan tanaman singkat secara kecil-kecilan di kediaman saya di Perak,” ujar graduan yang turut memperoleh Anugerah Emas dan Anugerah Khas Pengetua Institut Pertanian Serdang.

Manakala, bagi Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri diberikan kepada Muhammad Faiz Zuhairi, 23 dari Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah.

Katanya, sebagai seorang penyelidik pertanian, ilmu pengetahuan yang dipelajari banyak membantu beliau dalam kerjayanya.

Sementara itu Mohamad Hafizuddin Ramli, 24, pula menerima Anugerah Khas Pengarah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

READ ALSO  Kebakaran di California sukar dikawal

Hafizuddin berkata, dia kini fokus membuat penanaman salad menggunakan cara hidroponik dan akuaponik.

“Dua jenis tanaman ini mampu memberikan keuntungan yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.