10 regu mara ke perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Utusan

SEREMBAN 30 Sept. – Sebanyak 10 regu mara ke perlawanan akhir bagi merebut lima kategori dalam Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 di Kompleks Sukan Negeri di sini petang tadi.

Pemenang bagi semua kategori itu akan ditentukan dalam aksi final yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Quill City Mall di Kuala Lumpur esok.

Bagi kategori Bawah 12 tahun, regu PLN Kelantan A dan B akan bersaing sesama sendiri bagi menentukan kejuaraan selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir.

Bagi Bawah 14 tahun, regu SSN Melaka dan SSMTI melangkah ke akhir manakala SSMT A dan DFZ MSS Pulau Pinang B akan membuat perhitungan bagi Bawah 16 tahun.

Kategori Bakat Baru menyaksikan kemaraan iSTC Pulau Pinang dan Awan Merah. Gastep dan Putera Darat pula layak ke akhir kategori Terbuka.

Kejohanan kali kelapan yang disertai 334 regu bagi lima kategori itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM65,000. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Ireland Utara tetap mara meskipun tewas

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.